Description
Bengkel anjuran Kumpulan PUTRA Seni.

Kumpulan PUTRA Seni (KPS) merupakan pertubuhan seni yang bergiat aktif dalam kerangka bahasa, sastera dan budaya Brunei dengan penampilan awam dalam pelbagai bidang seperti pertunjukan pentas, persidangan, pameran, forum, bengkel dan perdagangan. Ahli-ahli KPS juga pernah membuat persembahan di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, China, Korea Selatan dan United Kingdom.


