Description
A dramatic monologue by Akademi Panggung Sri Utama Entertainment (APSUE).
Price range: $ 3.00 through $ 10.00
A dramatic monologue by Akademi Panggung Sri Utama Entertainment (APSUE).
“Suara Alam” ialah sebuah monolog puitis dan dramatik yang membawa penonton menyelami suara hati alam semula jadi laut, hutan, sungai, dan udara yang dahulunya menjadi sumber kesejahteraan, rezeki, dan ketenangan bagi manusia.
Pementasan ini bermula dengan suasana yang penuh ketenangan dan keindahan. Alam digambarkan sebagai sahabat sejati kepada manusia, penyayang, dan tidak pernah menuntut balasan. Namun, detik demi detik, suara alam berubah menjadi jeritan dan tangisan apabila manusia, dengan rakus dan lalai, merosakkan bumi atas nama kemajuan. Pokok-pokok tumbang, sungai tercemar, laut penuh tumpahan, dan udara menjadi racun.
Melalui satu suara yang mewakili seluruh alam, penonton dibawa menyaksikan kemusnahan yang dilakukan oleh tangan manusia sendiri. Monolog ini bukan sekadar luahan, tetapi sebuah peringatan, rayuan dan panggilan terakhir daripada alam yang semakin nazak meminta manusia kembali pada fitrah, mencintai dan memulihkan bumi sebelum segalanya terlambat.
“Suara Alam” adalah cerminan realiti, renungan jiwa, dan seruan kesedaran terhadap tanggungjawab manusia menjaga amanah Tuhan iaitu bumi ini.
Date: August 17, 2025
Start time: 11:00 a.m. UTC+08
End time: 12:00 p.m. UTC+08
Venue: JIS Arts Centre, Brunei
Directions: Map: https://g.page/JISArtsCentre?share
Phone: +6738270247
Email: ntfbrunei@gmail.com