Description
A theatre play by ATUYAA.
Price range: $ 3.00 through $ 10.00
A theatre play by ATUYAA.
Persembahan pentas komedi santai ini mengisahkan keluarga Haji Tusin, seorang duda warga emas yang tinggal bersama anak bungsunya, Mamat, yang masih bujang. Setelah kematian isterinya, Haji Tusin mula berasa sunyi dan ingin ditemani. Dia meminta Mamat memanggil dua anaknya yang lain—Yahya, yang takut pada isteri berduitnya, dan Sita, yang berlagak ala-ala orang KL sejak berkahwin dengan Azlan dari Malaysia.
Mereka semua berkumpul di sebuah pantai untuk sesi “healing” atas ajakan Haji Tusin. Di sana, Noni, seorang ejen hartanah cantik muncul dan mesra dengan Haji Tusin, menyebabkan anak-anaknya panik menyangka ayah mereka mahu berkahwin lagi dan menyerahkan tanah kepadanya. Ketegangan memuncak apabila mereka cuba “confront” Noni, tetapi segalanya terungkai bila Haji Tusin menjelaskan hasratnya hanyalah untuk menjodohkan Noni dengan Mamat—bukan untuk dirinya.
Disampaikan dengan gaya komedi dan muzik tradisional Diandangan di awal, pertengahan dan akhir persembahan, kisah ini menyelitkan mesej tentang tanggungjawab anak-anak menjaga orang tua sebelum terlambat. Tirai ditutup dengan suasana ceria apabila Mamat menerima cinta Noni, diiringi diandangan yang menghiburkan.
More details about the Festival Programme will be available soon!
Date: August 17, 2025
Start time: 14:00 UTC+08
End time: 15:00 UTC+08
Venue: JIS Arts Centre, Brunei
Directions: Map: https://g.page/JISArtsCentre?share
Phone: +6738270247
Email: ntfbrunei@gmail.com